Rekabentuk dan pembangunan BAE_Hawk

Pada 1964, Tentera Udara Diraja British (RAF) telah memperincikan keperluan bagi sebuah pesawat latihan jet yang baru bagi mengantikan pesawat Folland Gnat. Pada awalnya, pesawat SEPECAT Jaguar telah dipilih untuk peranan ini tetapi kemudian disedari bahawa pesawat ini terlalu kompleks untuk dijadikan sebagai sebuah pesawat latihan awal. Berikutan itu, pada 1968 Hawker Siddeley telah memulakan kerja rekabentuk pesawat latihan berkelajuan subsonik yang lebih ringkas, dikenali sebagai HS.1182. Pesawat ini memiliki tata rajah kedudukan selari dan berupaya untuk membawa persenjataan, yang mana membolehkannya digunakan sebagai latihan senjata dan berperanan sebagai pesawat serangan ringan.

Pesawat Hawk T1A milik RAf di Lapangan Terbang Kemble, England, bersama-sama juruterbangnya.

Dinamakan semula sebagai "Hawk" pada 1973, pesawat ini melakukan penerbangan sulung pada 21 Ogos 1974. Ia kemudian memasuki perkhidmatan dengan RAF pada April 1976, mengantikan pesawat Gnat dan Hawker Hunter yang masing-masing berperanan sebagai sebuah pesawat latihan lanjut dan latihan senjata. Tahun berikutnya, Hawker Siddeley telah bergabung dengan syarikat-syarikat pengeluar pesawat British yang lain untuk membentuk syarikat British Aerospace (BAe), yang mana kemudian menjadi BAE Systems setelah penggabungan dengan Marconi Electronic Systems pada 1999.

Pengguna pesawat Hawk daripada RAF yang paling terkenal adalah pasukan aerobatik Red Arrows, yang mana telah menggunakan pesawat ini sejak 1979. Pasukan aerobatik Tentera Udara Finland iaitu Midnight Hawks, juga menggunakan pesawat ini.

Pesawat Hawk memiliki keboleh-kendalian yang mengagumkan, dan walaupun ia tidak boleh diterbangkan pada kelajuan supersonik semasa penerbangan, pesawat ini boleh mencapai kelajuan Mach 1.2 semasa menjunam, membolehkan pelatih untuk mengalami pemanduan trans-sonik walaupun tidak mengendalikan pesawat latihan supersonik.

Hawk kemudian mengantikan pesawat English Electric Canberra untuk berperanan sebagai penarik sasaran.

Tentera Laut Diraja British memperoleh sedozen pesawat Hawk T.Mk 1/1A daripada RAF, untuk digunkan sebagai sasaran udara bagi melatiha penembak kapal dan operator radar.

Kokpit

Kokpit dalam kesemua model pesawat Hawk memiliki tata rajah tuas kawalan tengah konvensional.

Rujukan

WikiPedia: BAE_Hawk http://www.raaf.gov.au/aircraft/hawk.htm http://www.airforce.forces.gc.ca/site/equip/ct155/... http://www.baesystems.com/ProductsServices/bae_pro... http://www.baesystems.com/facts/programmes/airsyst... http://www.defense-aerospace.com/cgi-bin/client/mo... http://www.military-today.com/aircraft/bae_systems... http://www.sci.fi/~fta/lassi-hw.htm http://abclive.in/abclive_national/ajt_hawk_indian... http://www.vectorsite.net/avhawk.html http://www.aeroflight.co.uk/types/uk/bae_systems/h...